Langkau ke kandungan

Kelantan laksana lebih 20 program berkebajikan

 

SEREMBAN: Sehingga
sekarang kerajaan Kelantan melaksanakan lebih 20 program berkebajikan bagi kesejahteraan
rakyat negeri itu.

Antaranya Skim Al
Itaam memberi bantuan 10.8 kg beras percuma dan barangan asas lain setiap bulan
kepada 300 penduduk miskin di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Sehingga Disember
2022 sebanyak RM50.8 juta dibelanjakan kerajaan Kelantan bagi menjayakan program
tersebut yang dilaksana bermula tahun 2011.

Selain itu, Skim
Gerbang Az Ziwaaj iaitu sumbangan RM1,000 kepada pasangan pengantin baharu yang
berpendapatan rendah.

Anggota Exco Kerajaan
Negeri, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, kerajaan Kelantan juga memperkenalkan
Khairat Kifaalah kepada warga emas berusia 55 tahun dan ke atas.

Katanya, apabila mereka
meninggal dunia kerajaan negeri akan bagi saguhati sebanyak RM1,000 kepada keluarga
warga emas terbabit.

“Kebiasaannya orang
kampung apabila menziarahi kematian hanya bagi RM10 tetapi kerajaan negeri bagi
sumbangan RM1,000 kepada keluarga berkenaan,” katanya program Podcast Bughak Paroi
yang disiarkan secara atas talian hari ini.

Menurutnya juga anak
muda daripada keluarga berpendapatan rendah yang hendak berkahwin kerajaan
negeri memberi saguhati sebanyak RM1,000 bagi membantu mereka mengurus perkahwinan.

“Program serupa
dapat dicontohi di Negeri Sembilan melalui kerajaan baharu yang akan dibentuk
nanti.

“Jadi rakyat Negeri
Sembilan hendaklah memberi sokongan dan mengundi calon Perikatan Nasional (PN)
dan Barisan Nasional (BN) melalui kerjasama yang sama-sama kita telah sepakati,”
ujarnya.

Media Point

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads

Teruskan membaca

Semua artikel ↗