JASIN: PAS Melaka
berharap kepimpinan Dato’ Seri Ab Rauf Yusoh terus mengutamakan kepentingan
rakyat dan memperkukuh kestabilan politik.
Selain itu,
merancakkan pembangunan ekonomi serta memastikan kemakmuran negeri dapat
dinikmati seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang.
Pesuruhjaya PAS
Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail berkata, PAS Melaka merakamkan tahniah kepada Ab Rauf di atas pelantikan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 bagi
penggal yang kedua.
Katanya,
pelantikan tersebut merupakan amanah dan tanggungjawab besar yang menuntut
kepimpinan berwibawa, kebijaksanaan serta iltizam tinggi dalam menerajui
pentadbiran negeri.
“Semoga
dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam melaksanakan amanah.
Mudah-mudahan Melaka terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negeri yang
diberkati, maju, makmur dan sejahtera,” katanya pada kenyataan.
Semalam Ab Rauf
mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka
Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam selepas Barisan Nasional (BN) dan
Perikatan Nasional (PN) mendapat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri
(PRN) Sabtu lepas.
BN dan PN memenangi
24 daripada 28 kerusi Dun Melaka, manakala empat lagi dikuasai DAP.
Sementara itu Pesuruhjaya
PAS Johor, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed berkata, semangat penyatuan ummah dan
muafakat diterjemah melalui kerjasama serta kesungguhan semua pihak membuahkan
hasil.
Katanya, semoga
kebersamaan itu terus dipelihara dengan mengutamakan kepentingan rakyat.
“Tahniah
khususnya kepada dua calon PAS yang mewakili PN atas kemenangan dalam PRN
Melaka ke-16, iaitu Haji Rafie Ahmad di Dun Paya Rumput dan Ridzuan Sarif di
Bukit Katil.
“Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah SWT yang telah mengurniakan kekuatan dan kesempatan
kepada kita untuk melaksanakan amanah sepanjang PRN Melaka ke-16,” katanya.
bukan sekadar kejayaan dalam pilihan raya, sebaliknya amanah besar yang
menuntut keikhlasan, kebijaksanaan dan kesungguhan untuk membela kepentingan
rakyat.
Beliau juga
berkata, PAS Johor merakamkan penghargaan kepada seluruh pimpinan, ahli dan
petugas jentera PAS Johor yang membantu khususnya di Unit Daerah Mengundi Bukit
Beruang.
“Segala
pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit amat dihargai. Ada yang meninggalkan
keluarga dan menangguhkan urusan peribadi demi menyempurnakan amanah perjuangan,”
ujarnya.




