Langkau ke kandungan

π—£π—˜π—₯𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗑 π—§π—”π—žπ—­π—œπ—”π—› 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗔𝗦𝗨𝗛𝗔𝗑 𝗧𝗨𝗑𝗔𝗦 π—œπ—¦π—Ÿπ—”π—  (π—£π—”π—¦π—§π—œ) π— π—”π—ŸοΏ½…

π—£π—˜π—₯𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗑 π—§π—”π—žπ—­π—œπ—”π—›
𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗔𝗦𝗨𝗛𝗔𝗑 𝗧𝗨𝗑𝗔𝗦 π—œπ—¦π—Ÿπ—”π—  (π—£π—”π—¦π—§π—œ) π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—”

ALMARHUMAH CIKGU NURUL SYAZWANI
Guru PASTI An Nur, Kota Kubang Labu, Tumpat, Kelantan.

Ψ§Ω†Ψ§ Ω„Ω„Ω‡ ΩˆΨ§Ω†Ψ§ Ψ§Ω„ΩŠΩ‡ Ψ±Ψ§Ψ¬ΨΉΩˆΩ†..
Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… اغفر Ω„Ω‡Ψ§ ΩˆΨ§Ψ±Ψ­Ω…Ω‡Ψ§ ΩˆΨΉΨ§ΩΩ‡Ψ§ واعف ΨΉΩ†Ω‡Ψ§..
الفاΨͺΨ­Ψ©..

Seluruh saff Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Almarhumah Cikgu An Nur, Guru PASTI An Nur Kota Kubang Labu, Tumpat Kelantan yang meninggal dunia pada 19 Disember 2022 dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak.

Pemergian Almarhumah merupakan satu kehilangan besar buat keluarga besar PASTI. Guru yang komited dalam tugasan, menyumbang khidmat dalam pendidikan anak-anak menjadi inspirasi kepada warga PASTI. PASTI Malaysia mendoakan agar seluruh ahli keluarga Almarhumah dapat bersabar atas ujian ini. Semoga Allah SWT merahmati, mengampunkan dosa dan ditempatkan bersama para solihin.

Ikhlas daripada
KETUA PENGARAH PASTI MALAYSIA
24 Jamadil Awwal 1444H | 19 Disember 2022

#PASTIMalaysiaBerduka
#WargaPASTIberduka

(Feed generated with FetchRSS) …
–Baca seterusnya…
2022-12-19 23:03:50

#pas

#pas

Media Point

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads

Teruskan membaca

Semua artikel β†—