Langkau ke kandungan

Bekas Adun Dabong meninggal dunia

 





KUALA KRAI: Bekas
Adun Dabong Arifabillah Ibrahim meninggal di Klinik Kesihatan Dabong pagi ini
selepas tidak sedarkan diri kira-kira jam 7.15 pagi tadi.

Allahyarham difahamkan
mengidap penyakit darah tinggi, diabetes dan gout.

Penghulu Mukim
Kuala Pergau, Amran Yaakob berkata, selepas tidak sedarkan diri arwah dibawa ke
Klinik Kesihatan Dabong yang terletak tidak jauh daripada rumahnya.

Bagaimanapun
katanya, arwah meninggal dunia tidak lama selepas itu, kira-kira jam 8 pagi.

“Menurut
keluarganya pagi tadi arwah muntah sebelum tidak sedarkan diri sebelum
dikejarkan ke klinik dengan ambulans,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan semalam
doktor menasihatkan arwah mendapat rawatan lanjut di Hospital Kuala Krai
selepas keadaan kesihatannya merosot.

Arwah merupakan Adun
Dabong pada tahun 2008-2013 selepas menang bertanding atas tiket PAS. Sebelum
itu beliau berkhidmat dengan Majlis Daerah Dabong.

Amran berkata,
jenazahnya akan disolat selepas solat Zohor di Masjid Dabong petang ini dan dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Dabong.

Abdul Latiff 

Yang Dipertua PAS
Kuala Krai Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman merakamkan ucapan takziah kepada
seluruh ahli keluarga arwah di atas kehilangan orang tersayang.

“Semoga Allah
mengampuni dan merahmati arwah serta menempatkannya bersama solihin,” katanya.

Adun Dabong Ku
Mohd Zaki Ku Hussin turut merakam ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham
dan berharap bersabar menempuh ujian kehilangan orang tersayang.

Ku Mohd Zaki


Media Point

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads

Teruskan membaca

Semua artikel ↗