
KOTA BHARU: Satu
lagi kejayaan dicapai apabila Nasi Kerabu Kelantan didaftarkan sebagai Cap
Kolektif di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 29 Julai
lepas.
Dan Nasi Kerabu
Kelantan dilancar secara rasmi pada 17 November 2026.
Pengerusi
Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi
Abdullah berkata, usaha itu penting dalam usaha memelihara warisan makanan
tradisional.
Katanya, nasi
kerabu merupakan identiti, khazanah budaya dan warisan turun-temurun masyarakat
Kelantan yang mempunyai keunikan tersendiri aspek rasa, ramuan, warna dan
aroma.
Kata beliau nasi
kerabu bukan sahaja terkenal di Kelantan, malah menjadi menu utama di pelbagai
restoran, hotel dan premis makanan di seluruh negara.
![]() |
| Hilmi |
“Kita berbangga
apabila makanan tradisional Kelantan mendapat tempat di hati masyarakat. Namun,
dalam keghairahan mengkomersial nasi kerabu, kita tidak boleh membiarkan
identiti asalnya terhakis.
“Sekarang kita
lihat pelbagai versi nasi kerabu diolah dengan bermacam-macam bahan tambahan,
sehingga ada yang menyimpang daripada resipi dan cita rasa asal warisan nenek
moyang,” katanya pada catatan di laman sosialnya.
Menurutnya
keaslian Nasi Kerabu Kelantan terletak pada keseimbangan adunan ulam-ulaman
tradisional seperti daun kesum, selom, bunga kantan dan bahan-bahan herba.
Kata beliau
penggunaan bunga telang sebagai pewarna semula jadi, serta keserasian sambal,
kuah tumis dan budu sebagai ramuan pelengkap.
“Setiap bahan
mempunyai peranan dalam membentuk rasa dan aroma yang tersendiri. Sebab itulah
usaha pendaftaran Cap Kolektif amat penting.
“Ia membolehkan
satu piawaian diwujudkan bagi memastikan pengusaha yang menggunakan identiti Nasi
Kerabu Kelantan mengekalkan ciri-ciri asli makanan warisan tersebut,” ujarnya yang
turut memangku Jawatankuasa Pelancongan dan Kesenian.
Oleh itu katanya
pengusaha perlu mengelakkan mengguna bahan yang tidak menepati piawaian seperti
kubis, tauge dan pewarna tiruan dalam penyediaan Nasi Kerabu Kelantan.
Menurut pengusaha
bebas mencipta pelbagai variasi mengikut cita rasa pelanggan, namun jangan
sampai menghapuskan identiti.
“Versi moden
boleh diperkenalkan, namun resipi tradisional yang asli wajib dipelihara.
“Saya merakamkan
penghargaan kepada MyIPO, Pertubuhan Harta Intelek Sedunia khasnya Persatuan
Pengusaha Nasi Kerabu Kelantan, Universiti Malaysia Kelantan serta semua pihak
yang menjayakan usaha itu,” katanya.
Beliau juga
berkata, warisan makanan bukan sekadar untuk dijual dan dinikmati, sebaliknya
mesti dipelihara keasliannya daripada satu generasi kepada generasi berikutnya.
Sementara itu majlis
Pelancaran Cap Kolektif Nasi Kerabu Kelantan sempena Projek Harta Intelek
dan Pelancongan Gastronomi diadakan di Kota Bharu, semalam.
Program itu disempurnakan
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Negeri Zameri Mat Nawang. Turut hadir Ketua Pengarah MyIPO Yusnieza Syarmila Yusoff.
Pada majlis terbabit
Zameri menyerah Sijil Cap Kolektif Nasi Kerabu Kelantan kepada Persatuan
Pengusaha Restoran Melayu Kelantan (PERMEKA).




