
KOTA BHARU: Majlis
Syura Ulamak (MSU) PAS merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Guru
Dato’ Hashim Jasin di atas jasa, pengorbanan serta kesungguhan sepanjang
menggalas amanah sebagai Mursyidul Am PAS bagi tempoh 2016 hingga 2026.
Setiausaha Majlis
Syura Ulama, Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, sepanjang sedekad kepimpinannya
keluasan ilmu, keteguhan prinsip serta kewibawaan dalam memberi panduan menjadi
pedoman kepada kepimpinan dan seluruh ahli PAS.
Katanya, ketekunannya
membimbing jemaah, memelihara kesatuan saf serta meneguhkan perjuangan
berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah akan sentiasa dikenang dengan penuh
penghormatan.
“MSU PAS turut
merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada mantan Setiausaha MSU, Dato’ Dr
Nik Muhammad Zawawi Salleh di atas khidmat bakti dan komitmennya sepanjang
melaksanakan amanah,” katanya pada kenyataan.
Menurutnya juga MSU
menaruh harapan agar seluruh ahli PAS mendoakan supaya kepimpinan baharu di
bawah Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad dan Dato’ Dr Mahfodz Mohamed dapat
meneruskan tanggungjawab dan diberi kekuatan.
Selain itu kata
beliau dikurniakan kebijaksanaan serta keikhlasan dalam menyempurnakan amanah
yang berat.

