Skip to content
Follow us:

Menu

Preferences

Isu ‘tunggang agama’ jadi senjata PH lawan penyatuan ummah

KUALA LUMPUR: Dakwaan berlaku perpecahan dalam masyarakat berpunca isu agama muncul lagi apabila seorang panel membangkit isu terbabit pada program Dialog Negara bersama Perdana Menteri malam tadi.

Seorang pendakwah Izzhar Nazri menyifatkan sentimen keagamaan sering menjadi perdebatan sama ada di luar media sosial mahupun di platform media sosial.

Izzhar Nazri

Kata beliau pada asalnya hanyalah perbezaan pendapat atau khilafiah ilmiah kini mula menjadi punca permusuhan.

“Jadi, soalan saya apakah garis panduan untuk kita membezakan antara tindakan kerajaan dalam mempertahankan agama dengan tindakan golongan ekstremis menunggang agama demi kepentingan individu dan pihak tertentu?,” katanya ketika mengaju soalan.

Menjawab soalan itu Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengenali beberapa ulama terkenal, termasuk Syeikh Yusuf al-Qaradawi yang saya anggap sebagai guru dan tokoh besar.

“Saya tidak pernah mendengar beliau menghukum orang lain secara sewenang-wenangnya.

“Namun, hari ini kita sering mendengar suara-suara yang lantang bercakap tentang agama. Istilah tukang jerit pernah digunakan Prof Syed Hussein Alatas bagi menggambarkan kecenderungan sesetengah pihak yang menggunakan agama sebagai topeng, tetapi tanpa pengisian ilmu.

“Jadi, mudah sahaja. Apabila sesuatu isu dibangkitkan, mereka terus menghentam tanpa mengupasnya secara mendalam,” kata beliau.

Program berkenaan disiarkan TV1, Bernama TV, Astro AWANI, TV3, TV AlHijrah dan TVS.

Malah, dakwaan menunggang agama sering disebut Anwar sebelum ini termasuk ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

Beliau mendakwa seruan penyatuan ummah digunakan demi mempertahankan kepimpinan bobrok serta sistem usang yang merosakkan negara.

Malah katanya, sejak beberapa hari lalu wajah sebenar seruan penyatuan ummah semakin terserlah apabila agama dijadikan alat untuk mempertahankan kepentingan pihak tertentu.

Anwar berkata demikian pada hantaran di media sosial selepas membantu kempen calon-calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri Machap Jaya dan Asahan.

Biarpun isu tersebut menjadi senjata kempen PH, namun majoriti pengundi Melayu-Islam menolak gabungan parti terbabit pada PRN yang bermula di Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

 

 

 

 

Media Point

Share this article

WhatsApp Facebook Threads

Continue reading

All articles ↗