Skip to content
Follow us:

Menu

Preferences

PAS lantang perjuang isu Palestin di pentas dunia

KUALA LUMPUR: Perjuangan Palestin tidak boleh disempitkan kepada agenda bantuan kemanusiaan semata-mata, sebaliknya matlamat utama pembebasan Palestin secara menyeluruh daripada pendudukan Israel.

Selain itu, pemulihan kedaulatan serta pengembalian hak rakyat Palestin ke tanah air mereka (Right of Return).

Sehubungan itu Lujnah Antarabangsa PAS Pusat menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan politik, diplomatik, ekonomi dan perundangan yang tegas dan berkesan bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Gaza.

Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, masyarakat antarabangsa perlu memastikan segala dakwaan jenayah genosid oleh rejim Israel diadili tanpa campur tangan politik, pilih kasih dan dwistandard.

“Tiada negara atau pemimpin yang seharusnya kebal daripada pertanggungjawaban undang-undang antarabangsa,” katanya pada kenyataan.

Pada 20 hingga 21 November lepas Lujnah Antarabangsa PAS Pusat menyertai Persidangan Antarabangsa Europe for Palestine: Towards Justice and Accountability di Madrid, Sepanyol.

Delegasi tersebut turut disertai Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman; Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman dan Bendahari Lujnah Antarabangsa PAS Pusat Adram Musa.

Persidangan terbabit dianjur bersama Global Campaign to Return to Palestine, UNADIKUM Association dan Rumbo a Gaza.

Ia menghimpunkan tokoh politik, ahli parlimen, pakar undang-undang antarabangsa serta aktivis kemanusiaan daripada pelbagai negara.

Dr Mustafa

Antara tokoh yang hadir Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai wilayah Palestin, Francesca Albanese; Setiausaha Agung Palestinian National Initiative, Dr Mustafa Barghouti dan tokoh solidariti Palestin dari Afrika Selatan, Mandla Mandela.

Mandla Mandela.

Dr Muhammad Khalil juga berkata, PAS konsisten memperjuangkan pembebasan Palestin secara menyeluruh dan hak rakyat Palestin ke tanah air mereka.

Francesca Albanese

“PAS turut merakamkan penghargaan kepada ketiga-tiga NGO penganjur serta kerajaan dan rakyat Sepanyol atas solidariti mereka terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Lujnah Antarabangsa PAS Pusat akan terus istiqamah memperkukuh jaringan politik, diplomatik, perundangan dan kemanusiaan di peringkat antarabangsa demi pembebasan Palestin serta pengembalian hak, maruah dan kedaulatan rakyatnya,” kata beliau.

Pada persidangan tersebut Dr Muhammad Khalil menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Palestine: From Political Positions to Meaningful Action’.

Isu yang dibawa PAS memperkukuh tekanan politik dan diplomatik bagi menamatkan pendudukan Israel, menggembleng peranan institusi parlimen bagi memastikan kebertanggungjawaban kerajaan terhadap undang-undang antarabangsa.

Selain itu, memperkukuh mekanisme keadilan antarabangsa bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab terhadap jenayah genosid, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dibawa ke muka pengadilan.

 

Media Point

Share this article

WhatsApp Facebook Threads

Continue reading

All articles ↗