Skip to content
Follow us:

Menu

Preferences

PAS Tumpat hilang aktivis istiqamah 

TUMPAT: PAS Tumpat kehilangan seorang aktivis yang istiqamah dalam perjuangan apabila Mohd Roza Mohamad, 54 meninggal dunia pagi semalam dipercayai akibat serangan jantung.

Arwah disedari telah meninggal dunia di rumahnya di Kampung Geting ketika ditemui anak saudaranya ketika datang ke rumahnya. Arwah tinggal seorang diri di rumah tersebut.

Menurut penduduk, arwah sempat menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid As Somad pagi semalam, yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Bagaimanapun arwah tidak menjawab panggilan telefon selepas pulang ke rumah masjid kira-kira jam 7 pagi, sehingga didatangi anak saudaranya tidak lama kemudian.

Ustaz Ahmad Yakob mengimam solat jenazah

Jenazahnya disolat selepas solat Isyak malam tadi di Masjid As Somad dengan dimami Mursyidul Am PAS, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob.

Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud, Naib Presiden PAS, Dato’ Amar D’raja Mohd Amar Abdullah, wakil-wakil rakyat dan pimpinan PAS Tumpat.

Adun Pengkalan Kubor, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, arwah merupakan aktivis PAS Tumpat dan Ahli Jawatankuasa Khidmat Malaysia Cawangan Tumpat.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Allahyarham atas segala jasa, sumbangan, pengorbanan masa, tenaga dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang bersama dalam perjuangan Islam dan usaha menyantuni masyarakat.

“Segala penat lelah, keikhlasan dan pengorbanan Allahyarham amat kami hargai. Semoga setiap kebaikan yang ditaburkan menjadi amal jariah dan bekalan berharga di akhirat kelak,” katanya.

Orang ramai yang hadir

Wan Roslan turut merakam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian tersebut. – Al-Fatihah.

Masjid As Somad

 

 

Media Point

Share this article

WhatsApp Facebook Threads

Continue reading

All articles ↗