Skip to content
Follow us:

Menu

Preferences

PN hormati hak rakyat Sarawak pilih pimpinan PRN13

Oleh: Damia Hana |

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menghormati hak rakyat Sarawak untuk menentukan kepimpinan serta hala tuju negeri berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Disember ini.

Berikutan itu PN memutuskan untuk tidak meletakkan calon Sarawak sebagai menghormati hak rakyat di negeri itu.

Pengerusi PN, Dato’ Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagaimanapun berkata, PN akan terus memberi perhatian kepada isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat Sarawak dan membawa suara mereka ke peringkat Persekutuan.

“PN menghormati hak rakyat Sarawak untuk menentukan kepimpinan dan hala tuju negeri mereka.

“Kami akan terus memberi perhatian kepada isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat Sarawak dan membawa suara mereka di peringkat Persekutuan,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Penamaan calon PRN ke-13 akan diadakan esok, manakala pengundian awal pada 8 Disember. Kira-kira 2.058 juta pengundi akan memilih wakil mewakili mereka di 82 kerusi di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Dr Samsuri turut berharap proses pilihan raya berkenaan berlangsung dengan lancar serta seluruh rakyat Sarawak dapat menunaikan tanggungjawab memilih dalam suasana aman.

Media Point

Share this article

WhatsApp Facebook Threads

Continue reading

All articles ↗